SEJARAH SM. ST. MICHAEL, PENAMPANG SM. St. Michael, Penampang terletak di kampung Dabak, Penampang. Ia terletak di tepi sungai Moyog dan di sebelah bukit di mana gereja St. Michael, Penampang terletak ) dan ianya di kelilingi oleh rumah-rumah penduduk tempatan. Kawasan sekolah adalah seluas 4.78 ekar dan ianya terdiri daripada 2 buah bangunan bertingkat dua dan satu bangunan empat tingkat (blok baru), sebuah dewan, satu bilik muzik dan satu padang permainan yang luas.
SM. St. Michael, Penampang adalah sebuah sekolah yang tertua didirikan di Sabah. Paderi-paderi Mill Hill telah merintis pembukaannya dan sekolah ini telah memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan pendidikan di Penampang khasnya dan Sabah amnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Penampang adalah sebuah daerah luar bandar yang terkenal di dalam bidang pelajaran dan ramai daripada pemimpin Sabah sekarang lahir dari sekolah ini.
Sejarah Awal, 1890 – 1957
Rekod-rekod sekolah menunjukkan bahawa sekolah pertama di Penampang yang telah didaftarkan pada 1.1 1890 dengan bangunan bamboo serta beratapkan daun nipah. Pada tahun 1924, dengan usaha Fr. Verhoeven maka terdirilah bangunan kayu dua tingkat. Bangunan ini digunakan sebagai gereja, bilik darjah, tempat kediaman paderi dan asrama bagi sebilangan kecil murid dari tempat-tempat yang jauh.
Pada tahun 1935, sebuah bangunan kayu yang lebih kecil didirikan di sebelahnya untuk memenuhi pertambahan jumlah murid. Pada tahun 1940, bangunan ini telah di ubahsuaikan dimana lantai bangunan tingkat bawah telah digali sedalam 1 ½ kaki untuk membolehkan dua buah lagi bilik darjah yang luas dan berangin dibina.
Di antara nama-nama perintis sekolah ini ialah Monsgr. Wachter, Fr. Bohm, Fr. Antonissen, Fr. Lampe, Fr. W. Smit, Fr. Dapoz, Fr. Maclindon dan Fr. Preyde. Guru-guru tempatan pada masa itu ialah Datuk Anthony Ginibun, Encik Samuel Majalang, Encik Bernard Mojikon, Encik Stanislaus Tendahal, Encik Emmanuel Maluda, Encik Peter Lidadun dan Encik Geoffrey Kam Hock Lip.
Fr. Michael Henselmans memainkan peranan penting untuk menaikkan taraf sekolah kepada kedudukan sekolah menengah dimana pada tahun 1958 ianya mula dikenali sebagai Sekolah Menengah St. Michael dan dirasmikan pembukaannya oleh Pengarah Pelajaran Encik G.D. Muir pada tahun berikutnya.

No comments:
Post a Comment